Pada hari ini, kita sedia melihat beberapa pengeluar menawarkan telefon dengan memori 24GB RAM di pasaran. Tidak cukup dengan itu, kini ia diperkatakan perlumbaan turut telah dimulakan untuk hadir dengan telefon menggunakan memori 32GB RAM.

Buat masa ini, nama pengeluar pertama yang akan hadir dengan telefon 32GB RAM tidak dinyatakan. Tetapi, kita boleh menyasarkan ia adalah pengeluar peranti dari China, dan berkemungkinan ia ditawarkan di pasaran China terlebih dahulu.
Dengan memori lebih besar, ia dijangka membuka ruangan kepada beberapa inovasi baharu, termasuk penggunaan kecerdasan buatan dan pemprosesan model bahasa raya terus pada peranti.
Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah telefon pertama yang akan hadir dengan memori 32GB RAM ini tidak lama lagi.
- Sumber