Cari @ Amanz

Privasi ialah kata kunci yang menyebabkan Facebook mengubah nama mereka kepada Meta. Selepas didenda ratusan juta Dollar akibat penyalahgunaan data pengguna, Meta menggandakan usaha untuk mengembalikan kepercayaan pengguna kepada platform mereka. Boleh dikatakan Meta kini lebih berhati-hati dengan data pengguna. Mozilla Foundation semalam menerbitkan laporan kajian mereka ke atas 25 syarikat pengeluar kenderaan utama dunia dan mendapati kesemuanya bersalah kerana tidak menghormati privasi pelanggan.

Daripada 25 syarikat ini, 19 daripadanya mengaku menjual data pelanggan manakala 21 lagi mengaku berkongsi data pengguna dengan pihak ketiga. Data yang dikumpul dan kemudiannya dijual adalah penggunaan aplikasi, jantina, destinasi dipandu, jarak memandu, lagu yang didengari dan banyak lagi.

Seterusnya 23 pengeluar tidak memberikan pilihan kepada pelanggan untuk memadam data peribadi yang dikumpul. Hanya Renault dan Dacia memberikan sokongan ini bagi mematuhi keperluan GDPR di negara Kesatuan Eropah. Sementara itu 17 syarikat lagi pernah terlibat dalam insiden data tertiris, digodam dan dicuri.

Menerusi laporan mereka kesemua 25 pengeluar gagal memastikan privasi pelanggan dihormati. Renault dan Dacia di adalah yang paling kurang melakukan kesalahan sementara Tesla pula di tangga terbawah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd