Tidak dinafikan, ramai orang di muka bumi ini yang gemar berkongsi lokasi semasa di Instagram khususnya sewaktu berkunjung ke tempat-tempat menarik, sama ada di dalam dan luar negara. Setakat ini hanya perkongsian gambar, video dan stories sahaja yang dibolehkan untuk menyertakan tag lokasi semasa.
Namun memetik perkongsian baharu Adam Mosseri yang merupakan ketua pegawai eksekutif Instagram, menyatakan bahawa kebolehan ini kelak akan diperluaskan pada ciri Notes pula. Ini bermakna pengguna berkongsi lokasi semasa secara serta merta beserta kapsyen ringkas dalam kemaskini status. Ia boleh dianggap menarik kerana memberi peluang kepada pengguna untuk berkongsi pelbagai pengalaman bersama pengikut mengenai lokasi yang dimaksudkan.
Dalam masa sama, orang ramai atau pengikut turut boleh mengunjungi tempat tersebut untuk menikmati dan meneroka sendiri perkara yang ada di sekeliling. Pun begitu, ciri ini dikatakan masih lagi dalam pembangunan dan akan menerima beberapa penambah-baikan sebelum dilancarkan bagi versi penuh.
Turut tidak diketahui bilakah Instagram akan memperkenalkan ciri ini, tapi ini semestinya merupakan salah satu ciri yang turut dinantikan ramai pengguna seluruh dunia.