Siri iPhone 15 tahun ini sah akan menggunakan port USB-C selepas bertahun diminta dan hanya diberikan selepas Apple perlu akur dengan permintaan Kesatuan Eropah (EU) dan India yang mewajibkan penggunanya pada peranti elektronik.
Dalam satu kajian yang dilakukan oleh SellCell dengan lebih 1000 peserta pengguna iPhone dan lebih 1000 peserta pengguna Android, 63% pengguna iPhone tidak ingin naik taraf ke iPhone 15 kerana USB-C. Baki 37% inginkan USB-C kerana mudah untuk mengecas iPad dan MacBook.
Mengejutkan 44% pengguna Android dilihat berminat ingin mendapatkan iPhone 15 kerana USB-C. Baki 56% tidak ingin berpindah kerana risau akan pengecas yang tidak bersifat universal.
Sebagai seorang peminat tegar teknologi, semestinya saya menantikan sebuah iPhone dengan USB-C. Ia bukan sahaja mudah untuk pemindahan data, tetapi juga untuk pengecasan ketika merantau ke luar negara. Satu kabel untuk semua adalah idaman masing-masing, saya pasti.
Anda pula bagaimana, adakah iPhone 15 dengan USB-C iPhone yang anda idamkan?