Cari @ Amanz

Logitech telah melancarkan Pebble 2 Combo yang terdiri dengan dua set peranti iaitu Pebble Keys 2 K380s dan Pebble Mouse 2 M350s. Kedua-duanya hadir dengan kemasan serba minimalis yang juga diperbuat daripada sekurang-kurangnya 49% plastik yang dikitar semula.

Dimulakan dengan Pebble Keys 2 K380s, papan kekunci ini dilengkapi rekabentuk ringkas tetapi cantik. Ia mempunyyai kekunci berbentuk bulat dengan ukuran dan jarak yang dirasakan sesuai untuk kegunaan menaip yang selesa. Ia juga dilengkapi dengan kekunci untuk kegunaan kedua-dua sistem mcOS dan Window, di samping kekunci khusus bagi kawalan multimedia pada bahagian atas.

Tambatan pula menerusi bluetooth yang juga menawarkan butang khusus bagi tujuan sambungan mudah ke sehingga 3 peranti secara serentak. Papan kekunci ini juga dikatakan mampu beroperasi sehingga 3 tahun dengan sekali pengecasan, yang didakawa lebih baik berbanding generasi sebelum ini.

Bercakap mengenai Pebble Mouse 2 M350s pula, ia dilengkapi teknologi yang tidak mengeluarkan bunyi ketika ditekan. Butang kawalan disertakan boleh dikostumasi melalui aplikasi Logi Option+ (Plus), yang membolehkan pelbagai pintasan ditetapkan mengikut kesesuaian pengguna.

Seperti Pebble Keys 2 K380s tadi, tambatan juga boleh dilakukan menerusi bluwtooth dan serasi dengan Mac, PC, tablet serta telefon pintar, yang menyokong sehingga tiga peranti sekaligus. Hayat penggunaan pula boleh bertahan sehingga dua tahun apabila tetikus ini digunakan dalam mod penjimatan kuasa secara automatik.

Harga dan ketersediaan untuk kedua-duanya adalah $59.99 (~RM280) dengan pelbagai pilihan warna yang ceria termasuklah merah jambu.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd