Carian
Storan SSD Kingston XS1000 Kini Ditawarkan Pada Harga Permulaan RM399
September 7, 2023 Nazrin

Jika anda sedang mencari sebuah storan SSD luar yang padat, ringan dan mudah dibawa kemana-mana, Kingston baru-baru ini telah memperkenalkan penawaran storan terbaru mereka, iaitu Kingston XS1000.

Dengan saiz sekitar sekeping kad kredit dan berat 29g sahaja, storan SSD ini tampil dengan pilihan storan 1TB dan 2TB yang cukup besar untuk menyimpan pelbagai jenis fail kecil dan besar untuk mengurangkan beban tampungan fail pada komputer anda.

Ia juga hadir dengan sokongan USB 3.2 dengan kadar pembacaan data 1050MB/s didalam dimensi rekaan 69.54 x 32.58 x 13.5mm yang membolehkan anda menyimpan storan Kingston XS1000 ini didalam poket seluar, beg galas dan sebagainya tanpa sebarang isu.

External SSD Campaign

Storan ini sudahpun mula ditawarkan di pasaran Malaysia melalui pengedar barangan Kingston fizikal ataupun atas-talian seperti di Shopee dan Lazada pada tanda harga RM399 untuk model Kingston XS1000 1TB dan RM599 untuk model 2TB.

Komen