MediaTek hari ini berkongsi mereka telah berjaya menghasilkan cip 3nm pertama mereka menggunakan teknologi TSMC. Dengan kejayaan ini, MediaTek mengatakan mereka akan memfokuskan kepada pengeluaran cip ini bermula tahun 2024 kelak.
MediaTek menyatakan proses teknologi 3nm melalui TSMC membolehkan kuasa, prestasi dan sebagainya ditingkatkan. Berbanding dengan proses 5nm, penggunaan teknologi 3nm membolehkan ia menawarkan peningkatan kelajuan 18% pada tenaga yang sama, atau mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 32% pada kelajuan sama. Ia juga meningkatkan kadar ketumpatan logik sehingga 60%.
Ini secara keseluruhan membawa kepada penawaran cip pemprosesan yang lebih berkuasa dan efisien tenaga – sekaligus membolehkan ia melakukan kadar perkomputeran lebih tinggi.
MediaTek turut menyatakan peranti mercu pertama menggunakan cip 3nm ini boleh dilihat pada telefon, tablet, automotif dan sebagainya bermula pertengahan kedua 2024 kelak.
- Sumber
- MediaTek