Cari @ Amanz

Tahun depan Samsung pastinya akan melancarkan fon telinga baharu di bawah siri Galaxy Buds mereka. Minggu ini rekaan yang mungkin adalah Galaxy Buds3 telahpun tertiris menerusi laman Radio Research Agency (RRA) di Korea Selatan.

Berdasarkan imej di atas, Buds3 kelak akan mengembalikan rekaan klasik Buds+ yang mempunyai bahagian pad sesentuh yang rata. Sekali imbas ia juga mirip rekaan putik telinga TWS keluaran Jabra. Dapat dilihat “sayap” kecil yang boleh dicangkuk ke dalam telinga supaya ia lebih sukar ditanggalkan. Sejak dua tahun lalu siri Galaxy Buds hadir dengan bahagian sisi yang berbentuk bulat.

Walaupun nampak menarik, kami merasakan pad sesentuh sukar dibezakan daripada bahagian lain tubuh yang lain. Dengan adanya bahagian pad rata, jari dapat mencari bahagian pad sesentuh ini akan menjadi lebih mudah. Adalah dijangkakan Galaxy Buds3 akan dilancarkan bersama dengan siri Galaxy S24 pada tahun hadapan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd