Carian
Cradle Ingin Menyenaraikan Lebih Banyak Startup Tempatan Di Bursa Malaysia
September 7, 2023 Aman

Cradle Fund hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan Bursa Malaysia, dimana dibawah kerjasama ini, kedua-dua pihak akan menyenaraikan startup (syarikat pemula) tempatan di Bursa Malaysia.

Ini sekaligus membuka peluang kepada lebih banyak syarikat tempatan disenaraikan di Bursa Malaysia, dan Cradle akan berusaha membantu dalam mengenal-pasti startup yang berpotensi untuk disenaraikan di bursa.

Kerjasama ini merupakan sebahagian daripada program Fund Funnel, dibawah MOSTI untuk selaraskan pilihan pembiayaan serta menawarkan sokongan menyeluruh kepada usahawan sepanjang perjalanan dalam pembiayaan pembangunan perniagaan, dari peringkat permulaan (seed stage) hingga ke peringkat tawaran awam permulaan (IPO).

Cradle turut menekankan mereka telah membantu lebih 1,000 startup tempatan, dan syarikat dibawah program mereka mempunyai kadar pengkomersilan tertinggi jikalau dibandingkan dengan agensi pembiayaan lain di Malaysia.

Dengan kerjasama ini, sama-sama kita nantikan lebih ramai startup disenaraikan di Bursa Malaysia dalam masa terdekat ini.

Komen