Carian
Google Keyboard Menguji Ciri Proofread Yang Memeriksa Tatabahasa Dan Ejaan Menggunakan AI
September 8, 2023 Effi Saharudin

Generasi moden tidak lagi menulis karya yang panjang kerana dibesarkan dalam era SMS dan media sosial. Akibatnya kemahiran menulis karya panjang semakin dilupakan kerana jarang sekali diasah. Apabila dilakukan juga pelbagai kesilapan mula dilakukan. Google Keyboard kini sedang menguji ciri baharu yang akan mengelakkan kesipuan sekiranya kesilapan dilakukan pada tatabahsa dan ejaan.

Proofread ialah ciri yang sedang diuji pada Google Keyboard Beta 13.4. Ia adalah kecerdasan buatan yang akan memeriksa tatabahasa dan ejaan pengguna dengan kemampuan melakukan perubahan menggunakan kecerdasan buatan (AI) generatif. Untuk menggunakan Proofread sambungan internet diperlukan kerana data perlu dihantar ke AI yang tidak terbina dalam komputer.

Ia adalah penambahbaikan kepada ciri memeriksa tatabahasa dan ejaan yang kini disokong pada Google Keyboard. Bagi mereka yang mempunyai isu menghasilkan karya tanpa kesilapan, Proofread ialah ciri yang amat berguna. Tiada maklumat bila ciri ini akan diberikan kepada semua atau sekadar ujian dalaman oleh Google.

Komen