Nintendo Switch 2 dipercayai akan dilancarkan tahun hadapan dengan spesifikasi yang dipertingkatkan. Menurut laporan VGC semalam, Nintendo telahpun memperlihatkan konsol ini kepada pembangun dalam pertemuan tertutup di acara Gamescon yang berlangsung bulan lalu.

Demo permainan Zelda: Breath of the Wild pada resolusi serta kadar bingkai lebih tinggi diperlihatkan bersama dengan The Matrix Awakens yang menjadi demo teknologi selepas PlayStation 5 dan Xbox Series X dilancarkan. Sistem DLSS dan Ray Tracing juga dikatakan bakal disokong pada Switch 2 kelak.
Switch memenangi perang konsol pada generasi lalu. Ramai peminta Nintendo menantikan konsol baharu yang dapat menandingi kemampuan PS5 dan Xbox Series X. Berdasarkan demo yang diperlihatkan Switch 2 mempunyai peluang untuk meneruskan kejayaan Switch asal walaupun tiba lebih lewat berbanding pesaingnya.
- Sumber
- VGC