Cari @ Amanz

Direka untuk kegunaan dalam setiap ruang kerja yang minimalis dan moden, Logitech Pebble 2 Combo boleh menjadi antara pilihan yang baik. Bagi yang berminat aksesori ini sudah boleh dibeli di Malaysia dengan harga bermula RM119 untuk Pebble Mouse 2 M350s. Kemudiannya meningkat kepada RM179 pula untuk Pebble Keys 2 K380s menerusi pengedar sah rasmi Logitech di seluruh Malaysia, sama ada secara dalam atau luar talian.

Pebble Keys 2 K380s ialah papan kekunci berbentuk bulat dengan rekabentuk ringkas tetapi cukup cantik. Turut dimuatkan padanya adalah beberapa kekunci untuk kegunaan kedua-dua sistem mcOS dan Window, di samping kekunci khusus bagi kawalan multimedia pada bahagian atas. Tambatan pula menerusi bluetooth yang juga menyokong sambungan sehingga 3 peranti secara serentak. Kemudian turut dikatakan mampu beroperasi sehingga 3 tahun dengan sekali pengecasan.

Pebble Mouse 2 M350s pula ialah tetikus nirwayar yang dilengkapi teknologi yang tidak mengeluarkan bunyi ketika ditekan. Butang kawalan disertakan boleh dikostumasi melalui aplikasi Logi Option+ (Plus), yang membolehkan pelbagai pintasan ditetapkan mengikut kesesuaian pengguna. Hayat penggunaan pula boleh bertahan sehingga dua tahun apabila digunakan dalam mod penjimatan kuasa secara automatik.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd