Microsoft Paint Menguji Ciri Membuang Latar Belakang Pada Gambar
Aman
Microsoft Paint merupakan salah satu aplikasi yang hadir terbina pada sistem operasi Windows, dan digunakan ramai dalam melakukan lakaran ringkas, catatan, dan sebagainya.
Terbaru, Microsoft mengumumkan telah mulakan ujian pada aplikasi Paint, yang membolehkan pengguna untuk membuang latar belakang pada sesuatu gambar.


Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu menambah gambar pada kanvas di Paint, dan seterusnya klik pada butang “Remove Background” yang baharu pada Paint. Selepas beberapa saat, bahagian latar akan dibuang, dan pengguna boleh melakukan penyuntingan dengan mudah pada gambar berkenaan.
Buat masa ini, aplikasi Paint baharu ini tersedia untuk pengguna Windows Insider. Microsoft dijangka memperkenalkan ciri ini kepada semua pada versi stabil akan datang.