Carian
Lotus Emeya Dilancarkan – GT Elektrik Dengan 905 Kuasa Kuda
September 8, 2023 Effi Saharudin

Lotus Emeya dilancarkan hari ini dengan ia adalah sebuah kereta Grand Tourer (GT) elektrik dengan 905 kuasa kuda. Ia adalah kenderaan elektrik ketiga dilancarkan Lotus selepas kereta hiper Evija dan SUV Eletre tahun lalu.

Emeya dilengkapi dua motor tetapi Lotus tidak pula mengumumkan kapasiti ataupun jarak perjalanan yang mampu dilakukan. Ia walau bagaimanapun menyokong pengecasan pantas 350kW DC. Dengan ni jarak perjalanan sehingga 150km boleh dicapai selepas dicas selama lima minit sahaja.

Ia dilengkapi empat pintu dan boleh membawa sehingga lima penumpang. Sungguhpun begitu ia boleh mencapai kelajuan maksimum 250 km/j sementara masa pecutan 0-100 hanya mengambil masa 2.8 saat. Ini menjadikan Emeya antara GT terpantas pernah dihasilkan.

Emeya akan dikilangkan di Wuhan China menerusi kilang yang dimiliki oleh Geely. Harga belum diumumkan tetapi Lotus mengatakan harga jualannya kelak adalah kompetitif dengan harga Elektre yang dipasarkan di Malaysia pada harga RM800,000.

Komen