Cari @ Amanz

Yes, salah satu syarikat telekomunikasi tempatan yang popular, hari ini akhirnya mengumumkan sokongan untuk eSIM dibawah penawaran perkhidmatan telekomunikasi mereka. Dengan langkah ini, pengguna boleh menambah talian Yes dengan mudah dan pantas, tanpa perlu membuka slot SIM dan menggantikan SIM fizikal.

Sebaliknya, melalui penggunaan eSIM, talian telekomunikasi boleh dipautkan terus melalui hanya imbasan kod QR sahaja. Pengaktifan juga turut boleh dilakukan serta-merta dari mana-mana menggunakan aplikasi MyYes.

Melalui laman Yes, buat masa ini eSIM untuk talian Yes hanya disokong oleh beberapa jenama peranti sahaja, termasuk Samsung, Honor, Oppo, Xiaomi dan juga Vivo.

Bagi anda yang berminat, boleh merujuk laman rasmi Yes hari ini, dan mendapatkan kad eSIM Yes dalam menggunakan perkhidmatan mereka.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd