Permainan popular Roblox akan akhirnya tiba ke konsol PlayStation 5, Playstation 4 dan set kepala Meta Quest. Versi Meta Quest boleh dimuat turun hujung bulan ini sementara untuk dua konsol Sony ia akan ditawarkan bermula Oktober depan.

Selama ini pada konsol Roblox hanya ditawarkan di konsol Xbox sahaja. Kepada pemilik Switch, tiada perancangan untuk menawarkannya pada konsol mudah alih Nintendo. Sejak dilancarkan pada tahun 2006 permainan yang amat popular di kalangan kanak-kanak ini juga boleh dimainkan di PC, iOS dan Android.
Menurut pembangun Roblox sejak diumumkan untuk Meta Quest, permainan dimuat turun sejuta kali walaupun masih dalam versi Beta. Secara keseluruhan lebih 65 juta pemain menghabiskan secara purata lebih 2 jam sehari di dalam dunia Roblox pada waktu ini.
- Sumber
- Roblox