Cari @ Amanz

Procreate Dreams dilancarkan hari ini khusus untuk iPad. Menerusi Procreate Dreams animasi dapat dihasilkan dalam bentuk lukisan, animasi sel tradisional, keyframe, pengkomposan dan juga digabungkan dengan video. Seperti aplikasi Procreate sebelum ini, Procreate Dreams direka untuk digunakan menggunakan sentuhan sepenuhnya tidak seperti aplikasi animasi lain yang memerlukan papan kekunci dan tetikus.

Menurut pembangun Procreate Dreams, ciri dalam aplikasi mereka akan memberikan akses kepada animasi yang lebih mudah diakses, berkuasa dan memenuhi keperluan juruanimasi. Antara kemampuannya ialah menghasilkan animasi menggunakan vektor bersaiz 1 juta x 1 juta pixel dengan lapisan tanpa had. Ia turut dioptimasikan untuk digunakan bersama Apple Pencil.

Procreate Dreams akan mula dijual pada 22 November hadapan menerusi App Store pada harga $19.99 sahaja tanpa langganan bulanan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd