Bukan rahsia lagi apabila Tecno mendedahkan sedang dalam perancangan hadir dengan peranti skrin boleh lipat jenis clamshell. Dikenali sebagai Phantom V Flip 5G, pelancarannya dijadualkan berlangsung di Singapura pada 22 September akan datang. Ia merupakan telefon pintar clamshell pertama keluaran Tecno dan pengenalanya mencerminkan komitmen berterusan syarikat itu untuk memahami pilihan pengguna di seluruh pasaran.

Butiran lanjut mengenai perkakasan dalaman tidak didedahkan buat masa ini. Namun Tecno menjanjikan penawaran yang premium dengan rekabentuk dan teknologi yang canggih melaluinya. Selain daripada Phantom V Flip 5G, Tecno juga akan melancarkan komputer riba baharu, iaitu Megabook T1 2023 14″ dalam majlis pelancaran yang sama.
- Info
- Sumber – Prnewswire.com