AKLEH Kini Turut Menguji Sokongan Pembayaran Tol Menggunakan Kad Debit Dan Kredit
September 10, 2023
Automotif
Aman
Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH) kini turut mengumumkan mereka telah memulakan ujian rintis untuk sokongan pembayaran tol menggunakan kad kredit atau debit.

Penawaran ini adalah sebagai alternatif kepada Touch n Go, dan mengelak kesesakkan berlaku pada plaza tol sekiranya baki kad TNG pengguna tidak mencukupi. Kini dengan adanya sokongan ini, pengguna boleh turut menggunakan kad debit atau kredit untuk membayar di tol – sekiranya terlupa untuk menambah-nilai kad TNG.
Selain AKLEH, sejumlah lebuhraya lain turut telah memulakan ujian rintis sama. Sekitar 12 lebuhraya dijangka mengujinya bermula September 2023 ini.
[sumber]Prolintas[/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.