Cari @ Amanz

Telekom Malaysia sedia menawarkan perkhidmatan jalur-lebar nirwayar untuk kegunaan di rumah, dibawah jenama Unifi Air. Sebelum ini, ia ditawarkan dengan pilihan rangkaian 4G sahaja, pada harga RM79 sebulan untuk akses tanpa had dengan kelajuan mencapai 20Mbps.

Kini, selain pilihan berkenaan, Unifi Air juga menambah pelan 5G, ditawarkan pada harga RM149 sebulan, dan hadir dengan penggunaan data 5G tanpa had.

Langganannya hadir dengan sebuah penghala WiFi-6, dan ditawarkan dibawah kontrak selama 24 bulan. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Unifi Air hari ini untuk melihat pelan Unifi Air 5G yang ditawarkan oleh TM ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd