Cari @ Amanz

Cip Mediatek Dimensity 9300 akan dilancarkan dalam masa beberapa bulan sahaja lagi sebagai pesaing kepada Snapdragon 8 Gen 3 dan Apple A17 Bionic. Sebagai cip mercu, Dimensity 9300 perlu menawarkan kuasa memproses yang tinggi tetapi pada waktu yang sama tanpa isu pemanasan ataupun penggunaan bateri yang berlebihan.

Tetapi menurut laporan Android Headlines, MediaTek kini menghadapi dilema kerana Dimensity 9300 mempunyai isu pemanasan apabila dijalankan pada kelajuan yang dikehendaki. MediaTek boleh mengurangkan kelajuan CPU tetapi ini akan mendatangkan kesan pula pada kuasa memproses.

Dengan pelancaran semakan hampir, MediaTek perlu mencari penyelesaian kepada isu ini sebelum kehilangan pelanggan. Apa yang dapat kami lihat tahun ini ialah walaupun cip Dimensity 9200 adalah setanding dengan Snapdragob 8 Gen 2, ia tidak menawarkan hayat ketahanan bateri yang setanding serta beroperasi lebih panas.

Menurut ura-ura sebelum ini Dimensity 9300 akan menggunakan teknologi 4nm dengan kombinasi CPU Cortex-X4, Cortex-A720 dan Cortex-A515.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd