Deposit logam litium yang dipercayai adalah yang terbesar dunia ditemukan di dalam sebuah gunung berapi kuno di Nevada. Logam litium ini terkurung di dalam lapisan lumpur yang dipercayai dibentuk 16 juta tahun yang lalu selepas gunung berapi ini meledak menghasilkan sebuah kaldera.
Kaldera ini menjadi tasik sebelum ia mengering dalam masa beberapa ratus ribu tahun. Litium akan mendak ke dalam lapisan tanah liat yang kini boleh dilombong. Penyelidik yang menemukan deposit ini percaya terdapat di antara 20-40 juta tan litium di kawasan bekas gunung berapa ini dan ia adalah lebih besar berbanding deposit pada dataran garam di Bolivia yang memegang rekod sebagai deposit terbesar sebelum ini.
Penemuan ini akan mengurangkan kerisauan Amerika Syarikat untuk mengakses sumber yang amat penting untuk menghasilkan bateri bagi keperluan kenderaan elektrik serta peranti elektronik. Pada ketika ini Australia memegang 47% pengeluaran litium dunia diikuti Chile (30%) dan China (12%).