Cari @ Amanz

Pengenalan rasmi untuk Infinix GT 10 Pro di Malaysia telah dijadualkan berlangsung pada esok hari iaitu 12 September 2023. Namun harga jualannya telah ditemui tersenarai terlebih dahulu dengan harga RM999 menerusi kedai atas talian rasmi Infinix di Shopee. Bagi yang berminat sesi pratempah juga telah dibuka dengan hadiah berupa fon telinga nirwayar XE27 diberikan bersama.

Infinix GT 10 Pro telah dipasarkan sebagai sebuah peranti pertengahan gaming bajet. Ia menggunakan skrin AMOLED 6.67-inci yang juga menyokong kedalaman warna 10-bit dan kadar segar semula 120Hz. Ini digabungkan pula dengan cip MediaTek Dimensity 8050, memori 8GB RAM LPDDR4X, storan dalaman 256GB UFS 3.1 dan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan 45W.

Turut disertakan adalah sistem kamera dengan sensor utama 108MP bersama kebolehan merakam video maksimum 4K. Seterusnya peranti juga lengkap dengan sistem audio DTS dan Hi-res Audio bagi tujuan bunyi lebih imersif. Selain turut menjanjikan pengalaman antaramuka peranti bebas iklan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd