Wharton School of the University of Pennsylvania ialah sekolah perniagaan yang melahirkan tokoh seperti Sundar Pichai, Elon Musk, Jho Low dan Donald Trump. Reputasinya dalam menghasilkan tokoh-tokoh ini kini dicabar pula oleh ChatGPT. Dalam pertandingan antara ChatGPT dan pelajar yang mengambil MBA Wharton, manusia sekali lagi telah dikalahkan.
Pelajar Wharton diminta menjana 200 idea perniagaan baharu sementara ChatGPT diarahkan supaya menghasilkan 400 idea yang sama. ChatGPT diminta menjadi idea baharu sepenuhnya dan juga idea yang berasaskan idea perniagaan lain yang berjaya sebelum ini. Selepas diadili oleh Profesor Christian Terwiesch dan Profesor Karl Ulrich yang merupakan tenaga pengajar di Wharton, 35 daripada 40 idea terbaik dijana oleh ChatGPT.
Dalam pertandingan ini, ChatGPT menghasilkan 200 idea perniagaan dalam masa sejam sahaja sementara manusia mengambil masa beberapa hari. Kecerdasan buatan (AI) generatif semakin meningkat kemampuannya dan sudah tiba masanya manusia melihat impak jangka panjang serta pendek penggunanya.