Imej Yang Dijana AI Sekali Lagi Dinafikan Hak Harta Intelek
Effi Saharudin
Kami laporkan sebelum ini kecerdasan buatan (AI) generatif dalam setahun telah menjana jumlah imej yang sama dengan jumlah gambar yang diambil dalam tempoh 150 tahun terciptanya teknologi fotografi. Tetapi kesemua imej yang dijana ini harta inteleknya tidak boleh dipegang oleh insan yang menjananya menurut Pejabat Paten Amerika Syarikat (USPTO).

Imej “Theatre D’opera Spatial” yang dijana Jason M. Allen menggunakan Midjourney telah memenangi pertandingan seni pada tahun 2022 sehingga menimbulkan kontroversi kerana beliau tidak mengatakan ia bukan hasil karya beliau sendiri. Kerana imej ini kini ternama, Allen cuba untuk mendapatkan hak harta intelek tetapi sekali lagi ditolak oleh USPTO.
USPTO mengatakan untuk hak intelek diberikan pada sesebuah karya, ia perlu dihasilkan oleh manusia. Sebelum ini USPTO turut menolak permohonan harta intelek ke atas beberapa lagi karya dijana AI atas sebab yang sama. Walaupun sekali lagi kalah, Allen tidak berputus asa dan bercadang untuk melalukan permohonan baharu di masa depan.
[sumber] Reuters [/sumber]