Carian
Stesen Minyak Di Jerman Diwajibkan Memasang Pengecas Kenderaan EV
September 12, 2023 Effi Saharudin

Era kenderaan bahan api fosil akan berakhir dalam masa satu generasi sahaja lagi. Kerjaan Jerman menyasarkan 15 juta kenderaan elektrik (EV) di jalan raya menjelang 2030 berbanding 1.5 juta sekarang. Tetapi sebelum ini dapat dilakukan infrastrutur pengecas kenderaan perlu dipertingkatkan terlebih dahulu.

Canselor Jerman Olaf Scholz telah mengumumkan 80% stesen minyak di Jerman perlu menawarkan pengecas elektrik pantas dengan kuasa sekurang-kurangnya 150 kilowatt. Tiada tempoh bilakah ia perlu dilakukan, kriteria stesen dan mengapa 20% stesen dikecualikan. Pada ketika terdapat 90,000 pengecs EV di seluruh Jerman.

Di Malaysia beberapa stesen minyak sudahpun menawarkan pengecas EV tetapi dalam jumlah yang rendah dan tidak semuanya pantas. Sudah berlaku beberapa insiden berlaku kesesakan kerana terdapat lebih banyak EV ingin mengecas berbanding pengecas yang boleh digunakan.

Komen