Carian
Harga Jualan iPhone Meningkat RM200 Di Malaysia – iPhone 15 Bermula RM4399, iPhone 15 Pro Bermula RM5499
September 13, 2023 Aman

Apple hari ini telah memperkenalkan empat telefon pintar baharu, iaitu iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro, dan juga iPhone 15 Pro Max. Kesemua model ini akan ditawarkan di Malaysia dalam masa dua minggu lagi, iaitu bermula 29 September 2023 kelak.

Seperti jangkaan awal kami di Amanz, siri iPhone 15 memperlihatkan peningkatan harga untuk kesemua model. Melalui harga rasmi yang dikeluarkan Apple, kesemua model ini memperlihatkan peningkatan harga sebanyak RM200 berbanding iPhone 14 pada tahun lepas.

Berikut merupakan harga jualan siri iPhone terbaru di Malaysia:

iPhone 15

  • 128GB – RM4,399.
  • 256GB – RM4,899.
  • 512GB – RM5,899.

iPhone 15 Plus

  • 128GB – RM4,899.
  • 256GB – RM5,399.
  • 512GB – RM6,399.

iPhone 15 Pro

  • 128GB – RM5,499.
  • 256GB – RM5,999.
  • 512GB – RM6,999.
  • 1TB – RM7,999

iPhone 15 Pro Max

  • 256GB – RM6,499.
  • 512GB – RM7,499.
  • 1TB – RM8,499.
Komen