Carian
iCloud+ Dengan Storan 6TB Dan 12TB Ditawarkan – Bermula RM129.90 Sebulan
September 13, 2023 Effi Saharudin

Adakah anda mempunyai isu tidak cukup storan pada peranti dan awanan? Di acara Apple Event pagi tadi Apple mengumumkan dua pelan baharu dengan storan awanan 6TB dan 12TB baharu. Ini adalah penambahan daripada storan 50GB, 200GB dan 2TB yang ditawarkan oleh mereka sebelum ini.

Pelan baharu ini akan ditawarkan pada harga RM129.90 untuk storan 6TB ‌dan RM269.90 untuk storan 12TB. Harga dua pelan iCloud+ ini di Malaysia masih belum diumumkan pada waktu ini. Ia boleh dilanggan bermula 18 September hadapan. Pesaing mereka Google One menawarkan pelan 5TB pada harga RM107.90 sebulan dan 10TB pada harga RM214.90 sebulan.

Komen