Apple iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max menyokong USB-C dengan kepantasan USB 3 yang mencecah 10Gbps. Sungguhpun begitu di dalam kotak Apple sekadar memberikan kabel USB-C 2.0 yang lebih perlahan dengan setiap pembelian iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max.
Sekiranya anda ingin menikmati kelajuan pemindahan data lebih pantas, kabel berasingan perlu dibeli. Hari ini Apple mula menyenaraikan kabel USB-C Thunderbolt 4/USB 4 yang mampu menyokong kelajuan sehingga 40Gbps serta pengecasan 100W pada harga RM399. Kabel ini berwarna hitam dengan bahan bersulam dan sepanjang 1 meter.
Selain boleh digunakan pada dua model iPhone Pro baharu, ia juga boleh digunakan pada produk Mac, Studio Display dan Pro Display XDR. Thunderbolt 4 (USB‑C) Pro Cable sudah boleh dibeli bermula hari ini.