Unity Mengenakan Yuran Kepada Pembangun Permainan Yang Menggunakan Enjin Mereka
Nazrin
Unity, sebuah syarikat teknologi permainan video dan komputer hari ini telah mengemaskini pelan pembayaran untuk para pembangun permainan yang menggunakan enjin permainan mereka.
Perubahan ini dilihat dari beberapa aspek, dimana Unity akan mula mengecaj bayaran kepada semua pembangun pada semua tahap langganan enjin Unity mereka, dari Unity Personal, Unity Plus dan juga Unity Pro dan Unity Enterprise.
Lebih menarik lagi ialah bagaimana caj pembayaran ini akan dikenakan. Menurut kenyataan yang baru dikeluarkan Unity, semua pembangun permainan yang melepasi jumlah pendapatan dan juga pemasangan permainan yang tertentu akan dikenakan caj untuk setiap pemasangan permainan yang menggunakan enjin tersebut yang dinamakan Unity Runtime Fee.

Untuk pembangun permainan indie yang menggunakan pelan Unity Personal ataupun Plus, apabila pendapatan tahunan mereka melangkaui $200 ribu dan pemasangan permainan jangka hayat melangkaui 200 ribu pemasangan, mereka akan dikenakan caj 20 sen untuk setiap pemasangan permainan-permainan yang dibangunkan dengan enjin Unity.
Pembangun yang melanggan Unity Pro dan Enterprise juga dikenakan caj yang sama, tetapi rata-ratanya ia dilihat bahawa syarikat-syarikat tersebut masih mampu membayar caj ini berbanding dengan pembangun indie yang tidak mempunyai modal yang besar.

Ini termasuklah semua jenis permainan komputer, konsol ataupun mudah-alih dari semua jenis pembangun permainan, dari pembangun indie hinggalah pembangun permainan yang popular.
Permainan-pemainan video dan komputer popular yang menggunakan enjin permainan Unity termasuklah Genshin Impact dan Honkai Star Rail oleh Hoyoverse, Cities: Skylines oleh Paradox Interactive, Fall Guys oleh Mediatonic, Pokemon GO oleh Niantic.

Perkara ini dilihat menjadi sesuatu yang sangat serius khususnya oleh para pembangun permainan indie kerana beberapa perkara. Pertama ialah kebanyakan permainan-permainan indie dan permua khususnya bergantung kepada modal freemium, dimana pendapatan hanya dijana melalui kandungan-kandungan tambahan seperti mikrotransaksi.
Untuk permainan-permainan seperti ini, jumlah muat-turun permainan mungkin mempunyai angka yang tinggi, tetapi jika pendapatan melalui pembelian mikrotransaksi tidak mencukupi, ia juga akan menyebabkan pembangun permainan kecil ini mengalami kerugian akibat membayar caj pemasangan ini.
Yuran Unity Runtime ini akan dikenakan bermula 1 Januari 2024 dan untuk syarikat-syarikat yang sudahpun melepasi keperluan yang ditetapkan untuk membayar caj ini akan hanya perlu membayar Unity berdasarkan jumlah muat-turun perisian yang berlaku selepas tarikh tersebut.
Dalam pada itu, salah satu daripada langganan Unity yang termurah, Unity Plus akan diberhentikan bermula hari ini (13 September 2023) untuk menyeragamkan penawaran langganan mereka. Pelanggan Unity Plus sedia ada akan ditawarkan langganan Unity Pro pada harga Unity Plus sedia ada selama setahun.
[sumber]Unity[/sumber]