Cari @ Amanz

Infinix GT 10 Pro telah diumumkan di Malaysia dengan harga RM999 dan dipasarkan sebagai sebuah peranti pertengahan gaming bajet. Terdapat seperkara turut dikongsi pihak Infinix yang mana peranti terkini Infinix Zero 30 juga bakal dipasarkan di Malaysia tidak lama lagi. Namun masih tiada tarikh khusus yang didedahkan buat masa ini, selain turut boleh dijangka bahawa harga jualannya boleh menjadi lebih tinggi berbanding GT 10 Pro.

Infinix Zero 30 merupakan peranti yang memberi fokus terhadap kebolehan vlogging dan gaya hidup. Ia boleh dilihat dengan jelas menerusi sokongan kamera swafoto 50MP yang menyokong rakaman video 4K 60fps. Di samping tubuh serba ceria dengan pilihan kemasan yang pelbagai.

Ini dipadankan pula dengan skrin melengkung 6.78″ AMOLED FHD+ yang juga menyokong kadar segar semula 120Hz. Turut disertakan adalah cip MediaTek Dimensity 8020, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB sebagai tunjang utama peranti.

Peranti juga dilengkapi bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan 68W, di samping sistem kamera utama pula menggabungkan sensor 108MP OIS + sensor 13MP sudut ultra-lebar 120 darjah + 2MP makro. Infinix Zero 30 juga menjalankan XOS 13 berasaskan Android 13 selain menyokong pelindungan IP53.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd