Carian
Saintis Yang Menghasilkan Dolly Si Bebiri Klon Meninggal Dunia
September 13, 2023 Effi Saharudin

Pada tahun 1996 dunia dikejutkan apabila Roslin Institute di University of Edinburgh mengumumkan kejayaan mengklon kambing biri-biri yang diberikan nama Dolly. Ia merupakan kali pertama dalam sejarah dunia haiwan mamalia berjaya di klon. Sir Ian Wilmut yang mengetuai pasukan yang menghasilkan Dolly telah meninggal dunia semalam pada usia 79 tahun kerana penyakit Parkinson.

Kejayaan Sir Wilmut membuka kajian sel tunjang yang kini digunakan untuk merawat pelbagai penyakit seperti Parkison. Malang sekali sains tidak maju cukup pantas untuk Sir Wilmut melihat teknologi yang dipelopori beliau digunakan untuk merawat diri beliau sendiri.

Dolly diklon menggunakan sel mamari seekor bebiri baka Fin-Dorset dan telur seekor lagi bebiri yang digabungkan. Ini menghasilkan embrio yang kemudiannya diimplankan ke dalam seekor lagi bebiri. Bebiri paling terkenal dunia ini meninggal dunia pada tahun 2003 kerana penyakit paru-paru dan ia kini dipamerkan kepada orang ramai di Roslin Institute.

Komen