MediaTek kini mengumumkan cip Dimensity 7200-Ultra sebagai kemas kini baharu untuk pemprosesan keluarannya yang juga memberi fokus terhadap permua dan fotografi. Tiada laman rasmi diterbitkan buat masa ini namun memetik perkongsian MediaTek di Weibo, ia menggunakan teknologi 4nm TSMC generasi kedua dengan gabungan dua teras teras Arm Cortex-A715 berkelajuan 2.8 GHz dan enam teras Cortex-A510.

Turut disertakan adalah gabungan GPU Arm Mali-G610 dan pemprosesan AI APU 650 yang dikatakan bukan sahaja mampu memaksimumkan kecekapan tugasan AI. Malahan turut memanjangkan jangka hayat bateri untuk pengalaman harian lebih lancar. Selain itu terdapat juga pemproses imej HDR-ISP Imagiq 14 765-bit, yang menyokong sistem kamera sehingga 200MP.
Seperti yang didedahkan sebelum ini cip Dimensity 7200-Ultra bakal digunakan pada peranti baharu Redmi Note 13 Pro+. Ia juga dijangka mampu untuk meneruskan legasi dan produk terbaik Redmi, memandangkan kerjasama rapat di antara Redmi dan MediaTek sebelum ini dilihat menunjukkan hasil memberangsangkan.
- Info