iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max tidak dinafikan adalah peranti mercu yang menakjubkan. Telefon ini dijana Apple A17 Pro, cip pemprosesan pertama dengan rekaan 3nm. Ada banyak ciri dan fungsi baharu diperkenalkan seperti Dynamic Island yang lebih baik, kamera lebih bagus, sokongan USB-C, boleh main Resident Evil 4 dan banyak lagi.

Dengan pertama kali kesemua model iPhone menyokong USB-C, Apple akhirnya membawakan sokongan mengubah telefon ini menjadi sebuah powerbank. Walau bagaimanapun ia terhad untuk mengecas Apple Watch atau AirPods sahaja. Ciri ini walaubagaimanapun tidak boleh mengecas iPhone lain.
Sebelum ini, ciri lebih kurang sama diperkenalkan pada iPad Pro generasi pertama (2018) di mana tablet ini boleh mengecas iPhone dengan kabel USB-C ke Lightning. Boleh dikatakan Apple akhirnya mempunyai ciri pengecasan berbalik, cuma ianya dengan kabel bukan nirwayar.