Cari @ Amanz

Stability AI, organisasi disebalik pembangunan beberapa produk kecerdasan buatan, termasuk Stable Diffusion, hari ini mengumumkan penyertaan mereka dalam arena muzik dan audio, melalui Stable Audio.

Stable Audio merupakan produk mereka yang pertama dengan fokus terhadap penjanaan muzik serta audio. Melaluinya, pengguna boleh melakukan beberapa input teks dan melalui sokongan kecerdasan buatan akan menjana audio yang bersesuaian.

Versi percuma Stable Audio menawarkan penjanaan selama 20 saat, sementara langganan Pro memberikan penjanaan selama 90 saat yang boleh digunakan untuk projek komersil.

Stable Audio dilatih menggunakan muzik dan metadata dari AudioSparx. Bagi anda yang berminat, boleh mencuba Stable Audio hari ini melalui laman rasminya hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd