Indonesia Ingin Mengharamkan Jualan Barangan Dan Aktiviti Dagangan Melalui Media Sosial
Aman
Kerajaan Indonesia kini merancang untuk mengharamkan sebarang aktiviti jualan barangan melalui media sosial dibawah perundangan baharu. Perkongsian terbaru ini hadir dengan populariti perkhidmatan seperti TikTok Shop yang diintegrasikan terus pada TikTok untuk jual-beli.
Timbalan Menteri Perdagangan di Indonesia menyatakan media sosial dan juga aktiviti dagangan tidak boleh disatukan dalam satu aplikasi. Malah, perundangan sedia ada turut tidak meliputi transaksi yang berlaku pada media sosial.
Mengikut perancangan, perundangan baharu yang bakal dibentangkan bakal mengharamkan aktiviti jual-beli di media sosial, dan meminta ia diasingkan sebagai platform atau aplikasi berasingan.
Langkah ini dijangka akan memberikan kesan yang besar kepada beberapa platform, terutamanya TikTok. Di Indonesia, terdapat 2 juta TikTok Shop, dan perundangan baharu ini dijangka akan memberikan kesan kepadanya. Pelaksanaan ini juga dijangka mungkin memberikan sedikit kesan kepada landskap edagang global, dan bagaimana integrasi jual-beli dilakukan di media sosial.
[sumber]Nikkei[/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.