Carian
Capcut Memperkenalkan Penyunting Gambar Berasaskan Web – Pesaing Untuk Canva
September 13, 2023 Aman

CapCut merupakan salah satu aplikasi yang ditawarkan oleh Bytedance dalam memudahkan orang ramai melakukan penyuntingan video sebelum menerbitkan ia di platform sosial seperti Instagram dan TikTok. Kini, selain hanya memfokuskan video, CapCut turut hadir dengan penawaran yang dinamakan CapCut Graphics Editor.

Melaluinya, ia menawarkan pengalaman seumpama Canva. Pengguna boleh memilih sebarang templat rekaan sedia ada, dan melakukan pelbagai pengubah-suaian serta penambahan rekaan sebelum memuat-turun hasil karya berkenaan.

Dengan penawaran ini, ia sekaligus memberikan alternatif kepada pengguna selain Canva dalam menggunakan penyunting berasaskan web untuk menghasilkan grafik dengan pantas.

Bagi anda yang berminat, boleh melayari laman CapCut hari ini, dan mencuba sendiri alternatif untuk Canva oleh Bytedance ini.

Komen