Cari @ Amanz

RPG yang mendapat pujian dan bualan ramai tahun ini ialah Baldur’s Gate 3. Ia kini menjadi antara calon GOTY kerana menawarkan permainan tanpa isu besar pada hari pelancaran serta sifar transaksi mikro yang cukup dibenci. Larian Studios yang membangunkan BG3 telah mengesahkan permainan ini akan hadir ke macOS pada 21 September ini.

Pada waktu ini BG3 masih lagi dalam fasa ujian akses awal untuk pengguna Mac. Sejak dilancarkan pada PC bulan lalu, ia mencatatkan jumlah pemain yang tinggi dan dilihat sebagai RPG paling sempurna pernah dihasilkan berdasarkan markah ulasan penerbitan utama. Ia mula ditawarkan ke PS5 minggu lalu.

Jadi kepada pemilik Mac, penantian akan berakhir dalam masa seminggu sahaja lagi. Persoalnya ialah adakah versi iPhone 15 Pro akan turut ditawarkan sekali memandangkan cip A17 Pro boleh menjalankan permainan Resident Evil 4, Death Stranding dan Assassin’s Creed Mirage.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd