Panasonic telah mengumumkan pelancaran kamera nircermin baharu menerusi LUMIX G9II. Kamera baharu ini mempunyai sensor yang lebih besar dan sistem autofokus berkuasa AI yang dipertingkatkan, serta enjin pemproses imej baharu.

LUMIX G9II menggunakan sensor 25.2-megapixel Live MOS baharu dan enjin pemproses imej baharu bagi tujuan penghasilan imej berkualiti tinggi bersama tekstur yang semula jadi. Ini dipadankan pula dengan teknologi PDAF hibrid yang membolehkan fokus automatik yang tepat khususnya bagi subjek yang bergerak pantas. Terdapat juga teknologi pengiktirafan AI baharu untuk pengecaman autofokus masa nyata untuk ketepatan lebih baik dalam mengecam subjek.

Menerusi sensor ini kamera turut boleh merakam video 4:2:0 10-bit 5.8K dengan nisbah aspek 4:3 serta video 5.7K (17:9) yang membolehkan pilihan bingkai lebih fleksibel. Dalam masa sama turut menawarkan rakaman gerakan perlahan sehingga 120p/100p dalam fotmat 4:2:0 10-bit Cinema 4K atau UHD 4K, selain kemampuan rakaman video Apple ProRes.

Selain itu kamera ini juga mempunyai penstabilan imej terbina dalam tubuh, yang juga menggunakan Advanced Active I.S. untuk penstabilan imej video dengan pembetulan gangguan perspektif. Kemampuan merakam berterusan sehingga 60FPS dan kamera akan pula dipasarkan bermula penghujung Oktober dengan harga AU$3299 (~RM9,936).
- Info
- Sumber – Panasonic