Jualan iPhone 12 telah diharamkan di Perancis kerana peranti dikatakan melepasi had radiasi elektromagnet yang dibenarkan. Kadar Specific Absorption Rate (SAR) pada iPhone 12 menurut Perancis adalah di tahap 5.74 W/kg yang lebih tinggi berbanding had 2 W/kg untuk kepala dan 4 W/kg untuk bahagian badan manusia.
Peranti perlu ditarik daripada pasaran Perancis dalam masa dua minggu sekiranya tahap SAR tidak dapat dikurangkan menerusi kemas kini perisian. Apple telahpun mengeluarkan kenyataan mengatakan iPhone 12 melepasi piawaian yang ditetapkan menerusi kajian makmal mereka sendiri dan juga pihak ketiga.
iPhone 12 telah dilancarkan pada tahun 2020. Walaupun tidak lagi dijual oleh Apple menerusi laman rasmi mereka di Perancis, ia masih boleh dibeli menerusi pihak ketiga di pasaran terbuka.