Carian
Xiaomi Watch 2 Pro Tertiris – Wear OS Dan Snapdragon W5+ Gen 1
September 14, 2023 Fahim Zahar

Sehingga hari ini Xiaomi hanya ada satu sahaja jam tangan pintar yang menjalankan MIUI for Watch berasaskan Wear OS, iaitu Xiaomi Mi Watch pada tahun 2019. Mi Watch Color yang dilancarkan pada tahun 2020 adalah versi lebih mampu milik hanya menggunakan rekaan sama MIUI for Watch tetapi bukan lagi Wear OS.

Kini selepas empat tahun, Xiaomi mungkin akan mengembalikan jam Wear OS mereka. Kini Xiaomi Watch 2 Pro tertiris dengan ia dikatakan akan menjalankan Wear OS dan dijana dengan cip Snapdragon W5+ Gen 1. Memori pula adalah 2GB RAM dengan storan dalaman 32GB.

Skrin pula dikatakan adalah 1.43-inci AMOLED, bateri 500mAh dengan ketahanan sehingga tiga hari. Sokongan ECG, menyemak suhu tubuh, pemantauan tidur, sehingga 150 mod sukan dan banyak lagi akan disertakan. Xiaomi Watch 2 Pro turut mungkin akan hadir dengan model yang menyokong SIM.

Jam dikatakan dibina dari keluli dan kaca Gorilla Glass. Sementara untuk perlindungan kali air adalah 5ATM. Buat masa ini masih tiada sebarang tarikh pelancaran dan tidak pasti akan ditawarkan di Malaysia ataupun tidak.

Komen