Carian
MOSTI Sedang Kaji Kebolehlaksanaan Pembangunan Tapak Pelancaran Roket Ke Angkasa Lepas
September 14, 2023 Aman

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kini mengumumkan sedang membangunkan garis panduan kajian kebolehlaksanaan pembangunan tapak pelancaran ke angkasa lepas. Dengan langkah ini, ia akan membuka peluang untuk Malaysia turut serta dalam arena aeroangkasa, dan menjadi salah satu negara yang mempunyai pusat pelancaran roket ke angkasa lepas.

Malaysia dikatakan mempunyai beberapa keunikkan dan kelebihan, termasuk kedudukan yang terletak berhampiran garisan khatulistiwa. Sekiranya fasiliti atau pusat sedemikian dibangunkan, ia akan menjadikan Malaysia sebagai negara ke-9 yang mempunyai tapak pelancaran roket ke angkasa lepas.

Buat masa ini, Agensi Angkasa Malaysia sedang dalam proses mengadakan sesi libat urus dengan sejumlah pihak dalam mengkaji dan membawa idea ini ke peringkat seterusnya.

Tiada lokasi yang dinyatakan oleh MOSTI buat masa ini berkenaan yang bakal menjadi lokasi untuk pusat pelancaran ke angkasa. Namun, sebelum ini, Sabah pernah berkongsi yang turut sedang mengkaji kebolehlaksanaan dan kesesuaian untuk membina pusat pelancaran ke angkasa di negeri tersebut.

Komen