Tanda tanya mengenai pengenalan produk CMF by Nothing terjawab apabila tarikh pelancaran rasminya kini dikongsi secara terbuka. Ia dijadualkan berlangsung pada 26 September 2023, yang dalam masa sama laman daftar minat juga telah dibuka bagi mereka yang ingin tahu lebih lanjut.

Butiran mengenai produk tidak pula dikongsikan buat masa ini, namun terdapat tiga produk yang mungkin diumumkan. Ianya merangkumi peranti boleh pakai CMF Watch Pro, fon telinga nirwayar CMF Buds Pro dan kepala pengecas CMF Power 65W GaN yang kesemuanya hadir dalam kemasan serba jingga.


Ini juga sinonim dengan warna utama buat subjenama itu sendiri, tetapi seperti biasa sama-sama nantikan perkembangan lebih lanjut.
- Info
- Sumber – CMF Global