Huawei MatePad 11.5″ PaperMatte Edition Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon 7 Gen 1
Amy Maizuraa
Huawei MatePad 11.5″ PaperMatte Edition telah dilancarkan secara rasmi, seterusnya menjadi pilihan baharu untuk peranti tablet oleh jenama berkenaan. Seperti namanya tablet bersaiz 11.5″ IPS LCD 120Hz ini menggunakan penapis skrin matte untuk mengurangkan masalah silau pada skrin.

Dalam pada itu ia juga melepasi pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light untuk pencahayaan sinar biru yang rendah. Selain terdapat juga Colour eBook Mode terbina yang menawarkan pengalaman membaca seakan di atas kertas
Seterusnya tablet ini dijana dengan cip Snapdragon 7 Gen 1, yang juga digabungkan dengan memori 8GB dan storan dalaman 256GB. Selain daripada itu tablet ini juga mempunyai kamera utama 13MP, kamera swafoto 8MP dan bateri berkapasiti 7,700mAh.

Turut disokong lagi adalah sambungan bluetooth 5.2, Wi-Fi 802.11a/b/g/n/ac/ax, port USB-C dan empat pembesar suara terbina. Huawei turut mengesahkan bahawa peranti ini bakal tiba di Malaysia tanpa tarikh ketersediaan khusus yang didedahkan buat masa ini.
[info] Sumber – Huawei Global [/info]