Google Play adalah gedung aplikasi utama untuk majoriti peranti Android di pasaran. Banyak yang ditawarkan secara percuma dan ada juga yang perlu dibeli. Untuk melakukan pembelian, pengguna boleh beli kredit di kedai seperti 7E, tambah nilai terus menggunakan kad kredit, Touch n’ Go dan banyak lagi.

Terbaru, ramai pengguna Android melaporkan yang kredit Google Play mereka tidak boleh digunakan untuk melakukan sebarang pembelian. Ketika ingin melakukan pembelian, Play Store mengeluarkan notifikasi bayaran gagal dilakukan.
Perkara ini turut terkesan di Malaysia di mana raka sepejabat kami di Amanz gagal melakukan pembelian dalam aplikasi beberapa hari lalu. Dalam semakan kami, di laman khidmat bantuan Google turut ramai melaporkan perkara yang sama.
Buat masa ini, masih tiada jalan penyelesaian rasmi lagi. Jika isu ini terkesan kepada anda, lakukan bayaran dengan kaedah lain untuk sementara waktu.
- Sumber
- /r/Ingress