Oppo A2 Pro dilancarkan di China semalam dengan ia hadir dengan jaminan bateri selama empat tahun. Sekiranya tahap kesihatan bateri turun bawah 80% dalam tempoh tersebut, Oppo akan menawarkan pertukaran bateri secara percuma kepada pemilik.

Peranti ini hadir dengan skrin 6.7″FHD AMOELD 120Hz, dijana cip Dimensity 7050, memori sehingga 12GB LPDDR4X, storan sehingga 512GB UFS 3.1, dan bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan 67W.

Di belakang kelihatan seperti terdapat sistem kuad kamera tetapi sekadar lensa sudut lebar 64MP dan kedalaman 2MP. Sementara itu kamera swafoto pula sebesar 8MP. Peranti melepasi piawaian IP54. Sistem operasi yang digunakan ialah ColorOS 13.1 berasakan Android 13.
Harga jualan Oppo A2 Pro ialah
- Oppo A2 Pro (8/256GB) – RMB 1799 (~RM1160)
- Oppo A2 Pro (12/256GB) – RMB 1999 (~RM1288)
- Oppo A2 Pro (12/512GB) – RMB 2399 (~RM1546)