Majlis Bandaraya Ipoh kini memeterai perjanjian strategik bersama XOX, sekaligus menyasarkan untuk membina lebih banyak stesen pengecas kenderaan elektrik dalam tempoh terdekat.
Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak akan mengenal-pasti lokasi sesuai di sekitar Ipoh, sebelum menyediakan perkhidmatan berkenaan. XOX dijangka mewujudkan sekitar 50 ke 200 stesen pengecas di Ipoh secara berperingkat.
Dengan langkah ini, ia juga dijangka akan menarik lebih ramai pengguna kereta elektrik ke bandaraya tersebut, sekaligus meningkatkan ekonomi setempat.
Sebelum ini, juga Perak FC turut telah menjadi anak syarikat milik penuh XOX Berhad, disamping Majlis Bandaraya Ipoh turut pernah memeterai kerjasama perkongsian teknologi bersama XOX sebelum ini.
- Sumber
- Bernama