Perubahan iklim sedang berlaku dengan dapat dilihat banjir besar di Libya dan California dibantai taufan yang selama ini tidak berlaku. NASA minggu ini mengeluarkan laporan mengesahkan suhu musim panas 2023 di hemisfera utara adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam rekod sejak ia mula dikumpul pada tahun 1880.

Penyelidik dari Goddard Institute of Space Studies (GISS) mendapati suhu pada bulan Jun, Julai dan Ogos 2023 adalah 0.23°C lebih panas berbanding rekod NASA. Ia juga 1.2°C lebih panas berbanding purata suhu musim panas antara 1951 hingga 1980. Suhu di hemisfera utara kini akan kembali turun kerana kedatangan musim luruh.
Peningkatan suhu ini akan mendatangkan impak terhadap flora dan fauna di bumi. Pemanasan global hanya terhenti seketika pada tahun 2020 kerana pengurangan aktiviti manusia disebabkan oleh pandemik. Impak perubahan iklim telahpun menyebabkan 56% permukaan laut dunia berubah dari biru menjadi hijau dan semakin banyak habitat haiwan musnah menjurus kepada kepupusan.
- Sumber
- NASA