Carian
Rekaan Samsung Galaxy S23 FE Tertiris
September 18, 2023 Effi Saharudin

Samsung Galaxy S23 FE dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat. Hujung minggu rekaan telefon pintar mercu mampu milik ini telah tertiris menerusi laman MSPowerUser. Rekaannya amat mirip Galaxy S23 dengan trikamera serta panel kaca di belakang.

Terdapat laporan ia dilengkapi skrin 6.4″ Dynamic AMOLED 2X 120Hz, dijana cip Eyxnos 2200 atau Snapragon 8 Gen 1, storan sehingga 256GB, bateri 4500 mAh, kamera utama 50+12+8 MP dan kamera hadapan pula sebesar 10MP. Peranti mungkin dilancarkan penghujung Oktober atau awal November hadapan.

Komen