TikTok didenda sebanyak €345 juta (~RM 1.7 bilion) di Ireland kerana didapati bersalah dalam pengendalian data pengguna bawah umur. Denda dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perlindungan Data Ireland (DPC) kerana kegagalan TikTok mematuhi garis panduan GPDR dalam pengendalian data pengguna kanak-kanak. TikTok kini diberikan masa tiga bulan untuk memastikan data mereka mematuhi garis panduan.
Antara kesalahan yang dilakukan ialah tidak mengunci akaun pengguna bawah umur kepada peribadi secara lali sebaliknya boleh diakses pengguna lain untuk ciri Stitch dan Duet. DPC turut berkata ciri meletakkan pengguna dewasa sebagai pengawal akaun pengguna bawah umur juga boleh dilakukan tapa pengesahan mereka akan penjaga yang sebenar.
TikTok tidak bersetuju dengan tindakan DPC dan mengatakan kesemua kekurangan ini telahpun dikemaskini sebelum siasatan dimulakan. Akaun pengguna 16 tahun telah ditetapkan sebagai peribadi sekiranya didaftar hari ini. Halangan Duet dan Stitch juga telah diperkenalkan pada akaun pengguna bawah umur.